ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 214. Menceroboh atau secara haram menduduki harta wakaf.

(1) Barang siapa menceroboh terhadap atau dengan secara haram menduduki sesuatu maukuf atau mengambil sebarang hasil maukuf itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Suatu perintah bagi melucuthakkan apa-apa benda yang terdapat di atas maukuf boleh dibuat sebagaimana Mahkamah fikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.