ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah
Seksyen 81. Pendapatan daripada wakaf dan nazr.
(1) Pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.
(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf selain wakaf khas dan tiap-tiap nazr 'am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitumal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.