ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 221. Pembicaraan.


(1) Jika pada masa yang ditetapkan bagi pembicaraan, pihak yang menuntut tidak hadir, maka pembicaraan itu boleh dibatalkan. Jika pihak menuntut hadir, tetapi pihak yang kena tuntut tidak hadir, pihak yang menuntut bolehlah membuktikan kesnya dan Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukumannya:

Dengan syarat bahawa -


(2) Jika pihak yang kena tuntut hadir dan mengaku tuntutan pihak yang menuntut, Mahkamah boleh menjatuhkan hukumannya dengan tidak mendengar lagi keterangan-keterangan.

(3) Jika pihak yang kena tuntut berhajat hendak membela diri, maka pihak yang menuntut boleh memulakan pembicaraan itu.

(4) Untuk memulakan pembicaraan tiap-tiap pihak boleh bercakap kepada Mahkamah dan selepas itu bolehlah memberi keterangan-keterangan dan memanggil saksi-saksinya. Tiap-tiap saksi itu hendaklah diperiksa oleh orang yang memanggilnya dan kemudiannya boleh diperiksa balas oleh pihak yang menentang diperiksa semula oleh pihak yang memanggil jika ia berhajat. Selepas keterangan-keterangan tamat diberi, maka tiap-tiap pihak bolehlah menggulong kesnya, tetapi pihak yang memulakan pembicaraan itu hendaklah mempunyai peluang terakhir untuk bercakap kepada Mahkamah.

(5) Mahkamah boleh dengan sendirinya meminta apa-apa keterangan yang difikirkannya mustahak.

(6) Selepas itu Mahkamah itu hendaklah menyampaikan hukuman-hukuman dalam Mahkamah terbuka sama ada dengan serta merta atau kemudian dari itu dan jika kemudian notis hendaklah diberi kepada pihak-pihak yang terlibat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.