ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN AM



Seksyen 48. Perletakhakan mawquf.

(1) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu secepat mungkin yang boleh untuk meletakhakkan kepadanya semua wakaf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini.

(2) Apa-apa manfaat atau faedah daripada sesuatu mawquf hendaklah terletak hak kepada Majlis mulai dari tarikh wakaf itu mula berkuat kuasa, dan Majlis boleh menuntut apa-apa manfaat atau faedah sesuatu mawquf daripada mana-mana orang sebelum pendaftaran wakaf itu.

(3) Semua mawquf yang terletak dalam Negeri Selangor, sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah, tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakan, atau pemindahmilik, dan dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/65], terletakhak pada Majlis, bagi maksud wakaf yang menyentuh mawquf itu.

(4) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud yang serupa mana-mana mawquf sedemikian yang terletak di luar Negeri Selangor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.