ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN



Seksyen 47. Kes-kes tertentu.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang atau orang yang tidak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga ad litemnya, jika ada, atau kepada orang yang dengannya orang yang tidak berkeupayaan itu tinggal atau di bawah jagaannya. Mahkamah boleh memerintah bahawa penyampaian kepada orang yang tidak berkeupayaan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna.

(2) Penyampaian kepada seorang banduan di dalam penjara hendaklah dibuat kepada Penguasa Penjara itu yang hendaklah menyebabkan prosiding itu disampaikan pula kepada banduan tersebut.

(3) Penyampaian kepada mana-mana angkatan tentera adalah sempurna jika dibuat kepada pegawai pemerintah atau ajutan unitnya yang hendaklah menyebabkan prosiding itu disampaikan pula kepada anggota tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.