ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI
Seksyen 75. Beban membukti nyataan tertentu.
Beban membuktikan sesuatu nyataan yang tertentu adalah terletak atas orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai adanya nyataan itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai nyataan itu hendaklah terletak atas mana-mana orang tertentu.
MISALAN
A berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu ia berada di suatu tempat lain. Ia mestilah membuktikannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.