ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan-soalan memimpin tidak boleh, sekiranya dibantah oleh pihak lawan, ditanya di dalam sesuatu pemeriksaan utama atau dalam sesuatu pemeriksaan semula, kecuali dengan mendapat kebenaran Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin berkenaan dengan perkara-perkara pengenalan atau yang tidak dipertikaikan, atau yang telah, pada pendapatnya, dibuktikan dengan secukupnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.