ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 187. Orang hendak dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan orang yang berkenaan hendaklah dilepaskan dan jika ia ditahan di penjara, Mahkamah yang memberi jaminan itu hendaklah mengeluarkan perintah pelepasan kepada Pegawai Penguasa Penjara dan Pegawai itu, apabila ia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu.

(2) Tiada apa-apa jua yang disebut dalam seksyen ini atau seksyen 183 boleh disifatkan menghendaki seseorang itu dilepaskan jika orang itu harus ditahan mengenai satu perkara lain dari perkara yang mengenainya bon itu dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.