ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMPASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 125. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Hakim tidak lagi perlu menjalankan pemeriksaan ke atas saksi yang telah pun nyata keadilannya dalam sesuatu perbicaraan yang telah dijalankan apabila saksi itu menjadi saksi dalam perbicaraan yang lain di hadapan Hakim tersebut sekiranya jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu tidak melebihi enam bulan. Jika jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu melebihi enam bulan, Hakim hendaklah membuat pemeriksaan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.