ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 96. Kesalahan-kesalahan yang belum dibicarakan.

(1) Bila dalam mana-mana pembicaraan jenayah yang dibawa oleh atau bagi pihak Pengarah Pendakwa orang yang dituduh didapati bersalahan atas sesuatu kesalahan, Mahkamah boleh dalam menentukan dan dalam menjatuhkan hukuman, dengan persetujuan Pengarah Pendakwa dan orang yang dituduh itu mengambil pertimbangan sebarang kesalahan lain yang masih belum dibicarakan atas kesalahan-kesalahan yang diakui oleh orang yang dituduh sebagai telah dilakukannya :

Dengan syarat bahawa jika sebarang pembicaraan jenayah ditangguh berkenaan kesalahan atau kesalahan-kesalahan yang belum dibicara dan pembicaraan itu tidak dibawa oleh atau bagi pihak Pengarah Pendakwa, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu berpuas hati yang orang atau pihak berkuasa yang menjalankan pembicaraan itu bersetuju berbuat demikian.

(2) Bila persetujuan diberi seperti dalam seksyen-kecil (1) dan kesalahan yang belum dibicarakan lagi diambil pertimbangan, Mahkamah hendaklah memasukkan atau menyebabkan dimasukkan hal itu ke dalam rekod dan bila hukuman dijatuhkan, maka orang yang dituduh tidaklah boleh dituduh ke atas kesalahan yang telah diambil perhitungan itu melainkan sabit kesalahan itu telah diketepikan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.