ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 23. Pelantikan Pendakwa-pendakwa Syarie dan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis, melantik seseorang, yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang yang layak dan sesuai dari kalangan anggota-anggota perkhidmatan Pegawai-pegawai Syariah Negeri menjadi Pendakwa-pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Menteri, dengan perakuan Majlis, bolehlah melantik dari kalangan angota-anggota Perkhidmatan Awam Negeri seorang untuk menjadi Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan ke atas kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.