ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Keterangan Dokumen



Seksyen 53. Kaedah mengenai notis untuk mengemukakan sesuatu dokumen.

Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang tersebut dalam subseksyen (1) (a) seksyen 52 Enakmen ini tidak boleh diberi, melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang ada memiliki atau ada di bawah kuasanya dokumen itu, atau kepada peguambelanya, suatu notis yang ditetapkan oleh undang-undang supaya mengemukakan, dan jika sekiranya tiada notis yang ditetapkan oleh undang-undang, maka notis itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah menurut keadaan hal itu:

Dengan syarat bahawa notis yang seumpamanya itu tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang mahkamah berpendapat notis itu tidak dikehendaki
-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.