ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN AM TENTANG MAHKAMAH JENAYAH
Seksyen 7. Bidang kuasa jenayah Hakim.
Tertakluk kepada Ordinan ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk-
(a)
mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim tersebut;
(b)
menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
(c)
mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau mengenainya apa-apa kesalahan yang telah dilakukan itu dikatakan ada disimpan atau disembunyikan.
(d)
menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(e)
melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.