ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 122. Hujjah.

(1) Setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan keterangan memperkenalkan kesnya. Pihak yang terhadapnya hukuman boleh diberi mengikut surat guaman, jika keterangan tidak dikemukakan, adalah berhak memulai.

(2) Setiap pihak boleh menggulungkan kesnya selepas tamat keterangan diberi, tetapi pihak yang memulakan berhak menutup sama ada pihak yang satu lagi itu telah mengemukakan keterangan atau tidak.

(3) Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat perbicaraan memanggil mana-mana pihak mengemukakan keterangan yang difikirkan wajar untuk kepentingan keadilan dan boleh memeriksa mana-mana tempat atau barang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.