ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XV - SEPINA



Seksyen 94. Permohonan.

(1) Mahkamah boleh mengeluarkan sepina atas permohonan setelah pemohon mendepositkan perbelanjaan perjalanan dan saraan hidup saksi atau saksi-saksi.

(2) Sepina untuk mengemukakan dokumen hendaklah dialamatkan kepada seorang sahaja, dan hendaklah di dalam Borang 9 yang ditetapkan.

(3) Sepina untuk memberi keterangan boleh dialamatkan kepada lebih dari seorang dan hendaklah di dalam Borang 10 yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.