ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 53. Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan.

Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang tersebut dalam perenggan 52(1) (a) tidak boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang memiliki atau berkuasa atas dokumen itu, atau kepada Peguam Syarienya atau orang lain yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak dihadapannya, suatu notis untuk mengemukakannya yang ditetapkan oleh undang-undang; dan jika tiada notis yang ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah fikirkan kehendak mengenai notis itu patut diketepikan:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.