ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XIX - DARIHAL PENDAKWA
Seksyen 162. Pendakwaan.
(1) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Kadi Besar hendaklah dijalankan oleh Pendakwa, Timbalan Pendakwa atau Peguam Syarie yang diberi kuasa khas bertulis oleh Pendakwa.
(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Kadi, selain daripada Mahkamah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, boleh dijalankan oleh-
(a) Pendakwa; atau
(b) Timbalan Pendakwa; atau
(c) sesiapa yang diberi kuasa bertulis oleh Majlis; atau
(d) di dalam kes tertentu, Pendakwa boleh membenarkan pengadu sendiri menjalankan pendakwaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.