ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXVI - WASI DAN PENTADBIR
Seksyen 198. Hukuman terhadap harta pesaka.
(1) Suatu penghakiman terhadap seorang wasi atau pentadbir hendaklah memperuntukkan bahawa jumlah penghakiman termasuk apa-apa kos diselesaikan dari harta si mati yang berada atau yang akan diterima oleh wasi atau pentadbir untuk ditadbirkan olehnya.
(2) Penghakiman itu hendaklah juga memperuntukkan-
(a)
jumlah apa-apa kos: dan
(b)
jumlah apa-apa aset si mati yang dituntut dan dibuktikan sebagai telah disalahgunakan oleh wasi atau pentadbir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.