ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6 (1);

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 8 (1);

"Hakim Mahkamah Tinggi Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6 (1);

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 6 (1);

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 6 (1);

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 23 (1);

"Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Sabah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab pentadbiran hal-ehwal agama Islam bagi Negeri Sabah;

"Negeri" ertinya Negeri Sabah;

"orang Islam" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992;

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 23 (4) dan termasuk Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 24.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 [En.34/63] hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat yang ia tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Jika timbul sebarang keraguan atau ketidakpastian dalam memberi takrif perkataan atau ungkapan berkaitan dengan Hukum Syarak, maka adalah menjadi budi bicara Mahkamah Syariah untuk menentukan takrif perkataan dan ungkapan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.