ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 166. Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Apabila suatu rayuan daripada keputusan Rendah Syariah di dalam perkara jenayah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh di atas permohonan daripada mana-mana pihak membenarkan permohonan untuk menentukan apa-apa persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang timbul semasa rayuan dan yang mana penentuan oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah memberi kesan kepada perjalanan rayuan tersebut.

(2) Sesuatu permohonan kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam masa satu bulan atau satu masa yang lebih panjang yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dari masa penentuan rayuan yang berkaitan dan permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah dibuat oleh atau dengan persetujuan dengan tulisan olehnya.

(3) Bila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah di bawah seksyen ini Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat apa-apa perintah yang dirasakan perlu untuk tangkapan, penjagaan atau pelepasan atas jaminan mana-mana pihak dalam rayuan dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengemukakan rekod prosiding Mahkamah Syariah yang akan menentukan dan memberi notis kepada pihak-pihak rayuan masa dan tempat untuk mendengar persoalan itu.

(4) Bila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dibenarkan dirujuk untuk penentuannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah mungkin lakukan yang didapati adil untuk menyelesaikan rayuan tersebut.

(5) Bagi tujuan seksyen ini tetapi tanpa menyentuh keluasan peruntukannya-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.