ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 139. Menetapkan rayuan dalam senarai.

(1) Selepas menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 136 Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menomborkan rayuan itu dan memasukkannya dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak-pihak itu bahawa rayuan itu telah dimasukkan sedemikian.

(2) Dengan seberapa segera selepas tarikh itu ditetapkan Pendaftar hendaklah memberi kepada pihak-pihak itu notis mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan suatu pihak yang berkenaan dan dengan notis munasabah kepada pihak-pihak itu, mempercepatkan atau menangguhkan tarikh pendengaran rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.