ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXV - SHURAKH (INTERPLEADER)



Seksyen 186. Prosedur.

(1) Satu permohonan untuk interpleader hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.

(2) Jika pemohon telah dituntut, permohonan itu hendak difail dalam tempoh 5 hari selepas penyampaian saman.

(3) Satu salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang (termasuk mana-mana plaintif dalam tindakan terhadap pemohon) yang dipercayai oleh pemohon sebagai orang yang menuntut.

(4) Tiap-tiap plaintif yang telah disampaikan saman, kecuali plaintif dalam tindakan terhadap pemohon, hendaklah sebelum perbicaraan menfailkan satu notis bahawa ia tidak membuat apa-apa tuntutan atau memberi butir-butir tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.