ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 53. Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan pesalah perempuan ke rumah diluluskan.

Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana perempuan atas suatu kesalahan di bawah Bahagian IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan perempuan itu dikomitkan ke rumah diluluskan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan komital itu, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.