ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII
Peruntukan Khas Berhubung dengan Keterangan



Seksyen 194. Bagaimana sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan.

(1) Di dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini satu sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan selain daripada cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa pada masa ini-

(2) Jika Pegawai Penguasa Penjara menyatakan di dalam mana-mana sijil yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat di atas sijil itu adalah cap jari orang yang disebut di dalam sijil itu, sijil itu hendaklah menjadi keterangan hal yang tersebut.

(3) Setiap Mahkamah hendaklah menganggap dokumen yang dikatakan menjadi sabitan dan yang dikatakan telah ditandatangani oleh pegawai berkuasa mana-mana penjara di dalam Malaysia sebagai benar dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang menandatangani dokumen itu Pegawai Penguasa Penjara yang disebut di dalam dokumen tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.