ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 127. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isterinya.

(1) Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Seseorang yang mempunyai isteri lebih daripada seorang yang telah tidak bersikap adil terhadap isteri-isterinya pada nafkah, pakaian, tempat tinggal dan gilirannya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.