ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 141. Penghantaran rekod rayuan.

Apabila pihak merayu telah memenuhi peruntukan-peruntukan seksyen 140, Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Rayuan dan kepada Pengarah Pendakwa dan kepada peguam bagi pihak merayu satu salinan rekod pembicaraan yang bertandatangan dan alasan-alasan keputusan bersama dengan satu salinan notis dan petisyen-rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.