ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 179. Di mana orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.


Apabila dibuktikan sehingga Qadhi berpuashati bahawa mana-mana saksi yang terikat atau yang akan terikat untuk memberi keterangan di dalam pembicaraan mana-mana kesalahan berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa kehendak keadilan akan terjejas jika orang itu tidak hadir di dalam pembicaraan untuk memberi keterangan, Qadhi boleh di atas permohonan Pendakwa atau orang yang dituduh dan selepas peruntukan dibuat untuk nafkahnya dan untuk memberi pampasan di atas penahanannya dan masanya yang terbuang, menghukum orang itu supaya ditahan dipenjara sivil sehingga pembicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan di dalam pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.