ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 71. Menuntut tunggakan nafkah.

(1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, sama ada dibayar kerana perjanjian atau di bawah sesuatu Perintah Mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu berkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pusakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.