ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 248. Pemberhentian pemakaian Enakmen 3.

(1) Seksyen 44, 45, 48, 50, 51, 52, 53, seksyen 70 hingga 80 dan seksyen 82 hingga 87 Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Tahun 1959 hendaklah terhenti terpakai bagi Negeri Pulau Pinang.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuatkuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.