ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 153. Prosedur jika pihak merayu dalam penjara.

(1) Jika pihak merayu berada dalam penjara dia hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 150 dan 152 sekiranya dia memberi kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu sama ada secara lisan atau bertulis notis rayuan dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan dalam petisyen rayuan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen-seksyen tersebut.

(2) Pegawai penjara tersebut hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen rayuan itu kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di mana perbicaraan itu telah diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.