ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadanah atau Penjagaan Kanak-kanak
Seksyen 85. Orang yang berhak menjaga anak-anak.
(1) Tertakluk kepada seksyen 86, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan mengikut Undang-Undang Islam dari mempunyai hak terhadap
hadanah
atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang daripada yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-
(a)
nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b)
bapa;
(c)
nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d)
kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e)
kakak atau adik perempuan seibu;
(f)
kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h)
anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i)
anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j)
emak saudara sebelah ibu;
(k)
emak saudara sebelah bapa;
(l)
saudara-mara lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai
'asabah
atau residuari:
Dengan syarat bahawa penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.
(3) Tiada lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan rnelainkan lelaki itu adalah seorang
muhrim,
iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.
(4) Tertakluk kepada seksyen 86 dan 88, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju rnenjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya mempunyai sifat-sifat kemuliaan yang sama, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.