ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 217. Salinan rekod prosiding.

(1) Jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan hukuman, perintah atau mana-mana bahagian rekod prosiding dan ia membuat permohonan untuk mendapat salinan itu, Mahkamah hendaklah memberikannya:

Dengan syarat bahawa ia hendaklah membayar fee yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan memberinya dengan percuma.

(2) Permohonan mendapat salinan rekod prosiding boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa Syarie tanpa bayaran.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.