ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 97. Bila soalan-soalan memimpin boleh ditanya.
(1) Soalan-soalan memimpin boleh ditanya di dalam pemeriksaan balas, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut-
(a) soalan itu tidak boleh sekali-kali mengandungi perkataan-perkataan yang saksi itu dikehendaki hanya memperkatakan balik; dan
(b) soalan itu tidak boleh sekali-kali mensifatkan bahawa fakta-fakta yang belum dibuktikan telah dibuktikan atau mensifatkan bahawa jawapan-jawapan yang tertentu telah diberi berlawanan dengan fakta.
(2) Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, melarang soalan-soalan memimpin daripada dikemukakan kepada seseorang saksi yang ada menunjukkan kecenderungan yang kuat atau berat sebelah kepada pihak yang memeriksa balas.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.