ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 32. Perwakilan mewakilkan kuasa.


(1) Majlis boleh, dengan ketetapan, mewakilkan kepada Yang di-Pertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis mana-mana bahagian kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasanya yang bukan kuasa kehakiman atau separuh kehakiman sebagaimana yang dianggapkan patut.

(2) Maka adalah menjadi kewajipan bagi tiap-tiap jawatankuasa Majlis dan bagi tiap-tiap orang yang lain atau badan-badan kepada siapa kuasa-kuasa Majlis itu diwakilkan untuk memberitahu Majlis akan semua perbuatan dan perkara-perkara yang dibuatnya mengikut perwakilan itu.

(3) Untuk tujuan-tujuan seksyen ini, kuasa-kuasa yang diberi kepada Majlis oleh seksyen 38 dan 39 hendaklah dianggap sebagai kuasa-kuasa separuh kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.