ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah



Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan qarinah.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu yang menjadi soal atau fakta qarinah, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu fahaman yang dibayangkan oleh sesuatu fakta yang menjadi soal atau fakta qarinah atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang pengenalannya ada hubungan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta yang menjadi soal atau fakta qarinah telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu telah terurus adalah qarinah setakat mana fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.