ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 5. Jemaah Pengurusan.

(1) Sebelum suatu Sekolah Islam dibenar didaftarkan di bawah Enakmen ini maka hendaklah ada satu suratcara yang menubuhkan suatu Jemaah Pengurusan untuk sekolah itu.

(2) Tiap-tiap Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Islam yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.