ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 56. Pemegangan amanah masjid dan tanah yang berkaitan.

Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Baitulmal hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua masjid di dalam Negeri Selangor dan setiap masjid bersama-sama dengan tanahnya, dan mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi faedah masjid, selain daripada tanah Kerajaan atau tanah rezab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56/65] dan tanpa apa-apa pindah hak, penyerahan hak atau, pindahmilik, terletak hak kepada Baitulmal bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.