ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 202. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamatnya.


Apabila seseorang dibebaskan atas jaminan, atau bon diri, dia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau Pegawai di mana jaminan atau bon itu dibuat, alamat semua notis dan proses Mahkamah boleh disampaikan kepadanya dan jika orang itu tidak dijumpai atau atas sebab-sebab lain penyampaian notis atau proses Mahkamah tidak dapat dibuat kepadanya, notis atau proses Mahkamah yang ditinggalkan untuk orang itu dialamat yang diberi olehnya hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan kepadanya dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.