ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 123A. Hukuman sebat.

(1) Peruntukan di dalam seksyen ini dan seksyen 123B dan 123C hendaklah dikenakan apabila hukuman sebat dikenakan di dalam kes ta'zir.

(2) Alat sebat tidak termasuk pemegangnya, hendaklah dari satu jenis sahaja dan sebaik-baiknya dibuat dari rotan atau ranting pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 centimeter.

(3) Peruntukan berikut hendaklah dipakai bagi melaksanakan hukuman sebat iaitu -

(4) Dalam kes di mana seorang pesalah hanya dijatuhi hukuman sebatan sahaja, ia hendaklah diuruskan seperti ia dikenakan hukuman penjara sahaja sehinggalah pelaksanaan hukuman itu selesai.

(5) Jika pada fikiran Pegawai Perubatan yang diberi kuasa pesalah itu kerana tua, uzur atau sebab-sebab lain tidak boleh menjalani keseluruhan atau sebahagian hukuman sebat, kes itu hendaklah dirujukan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan pelaksanaan hukuman itu mengikut cara mana yang ia fikirkan patut.

(6) Yang di-Pertua Negeri boleh dengan pemberitahuan dalam Warta membuat keadah bagi maksud menjalankan kehendak peraturan Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.