ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK
Seksyen 56. Perlantikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.
(1) Kadi Besar adalah menjadi Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk orang-orang Islam bagi seluruh Negeri dan tiap-tiap Kadi adalah menjadi Timbalan Pendaftar bagi kawasan yang mereka masing-masing berkuasa sebagai Kadi.
(2) Ketua Pendaftar dan Timbalan-timbalan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk hendaklah mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa dan menjalankan kewajipan-kewajipan mereka sebagaimana yang diberi atau ditetapkan oleh Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.