ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983
BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK
Seksyen 72. Kehilangan hak penjagaan.
Hak terhadap hadhanah adalah hilang jika-
(a) perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu:
Dengan syarat penjagaannya menyentuh kebajikan kanak-kanak itu dan hak terhadap hadhanah adalah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;
(b) perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) perempuan itu menukar pemastautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu:
Dengan syarat bahawa seseorang perempuan yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ketempat lahir perempuan itu;
(d) perempuan itu murtad;
(e) perempuan itu mencuaikan atau menganiayai kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.