ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 101. Menarikbalik dan berselesai.

(1) Pihak menuntut boleh menarikbalik pembicaraan pada bila-bila masa sebelum hukuman tetapi hendaklah kena membayar kos pembicaraan, dan selepas itu tidak boleh membawa apa-apa pembicaraan lain atas alasan tindakan yang sama tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Pihak-pihak dalam mana-mana pembicaraan boleh membuat kompromi dan penyelesaian pada bila-bila masa. Mahkamah hendaklah, jika diminta oleh mana-mana pihak, merekodkan syarat-syarat penyelesaian itu:

Dengan syarat bahawa wakil diri harta pesaka simati atau wakil yang dilantik di bawah seksyen-kecil (2) Seksyen 98 Enakmen ini tidak boleh menarikbalik mana-mana pembicaraan atau membuat penyelesaian dengan tiada kebenaran Mahkamah yang hendaklah mengambil perhatian tentang kepentingan waris-waris atau orang-orang yang diwakili.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.