ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XIX - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 132. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh hukuman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh peguamnya bila penghakiman atau perintah diberi atau dibuat, salinan hukuman atau perintah itu atau mana-mana notis berkenaan dengan akibat kemungkiran tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tindakan untuk menangkapnya atau menahannya tidak boleh diambil kecuali dia telah disampaikan dengan satu salinan penghakiman atau perintah yang diendoskan dengan notis dalam Borang 15.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.