ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 58. Pernyataan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh diterima sebagai keterangan.

(1) Tertakluk kepada undang-undang keterangan yang sedang berkuatkuasa dalam negeri dan kepada subseksyen (2), (3) dan (4), tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini boleh digunakan sebagai keterangan.

(2) Jika mana-mana saksi dipanggil untuk memberi keterangan Mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika Mahkamah fikirkan suaimanfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh itu diberi satu salinannya dan pernyataan tersebut boleh digunakan bagi mencabar kebolehpercayaan saksi itu.

(3) Apabila mana-mana orang adalah dipertuduh melakukan apa-apa kesalahan berhubungan dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini, pernyataan tersebut boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.