ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 55. Surat-surat akuan pembahagian harta.


(1) Jika, semasa menjalankan sesuatu pembicaraan berkenaan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seorang yang mati dan pembahagian itu hendaklah mengikut Hukum Syara' maka mana-mana Mahkamah Awam atau pihak yang berkuasa yang menjalankan pembicaraan itu hendaklah menjadi kewajipannya untuk menentukan orang-orang yang berhak menerima bahagian harta-harta itu, maka Mahkamah Kadi jika harga jumlah keseluruhan harta pusaka itu pada pendapatnya tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit, dan Mahkamah Kadi Besar, dalam kes-kes selain daripada itu bolehlah di atas permintaan Mahkamah Awam atau pihak yang berkuasa itu, atau di atas permintaan seseorang yang mengaku menjadi seorang waris dan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan itu, mengesahkan di atas mana-mana satu kumpulan nyataan yang diberi pendapat oleh Mahkamah Awam atau pihak yang berkuasa itu pendapatnya tentang orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta-harta itu.

(2) Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi sebelum mengesahkan pendapatnya itu seperti dalam seksyen-kecil (1) boleh mendengar pihak-pihak yang berkenaan di atas apa-apa sahaja soal undang-undang tetapi tidaklah boleh mendengar keterangan atau membuat pendapat-pendapat di atas apa sahaja soal berkenaan dengan nyataan.

(3) Dalam apa-apa kerumitan yang luar biasa, Kadi Besar atau seorang Kadi boleh merujukkan masalah itu kepada Majlis untuk pendapatnya dan hendaklah jika pendapatnya diberi mengesahkan pendapat itu mengikut aturcaranya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.