ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Seksyen 50. Keterangan tak asal.
Keterangan tak asal adalah termasuk-
(a)
salinan yang diperakui menurut peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
(b)
salinan yang dibuat daripada naskhah asal dengan jalan proses mesin, yang sendirinya adalah mempastikan tepatnya salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
(c)
salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskhah asal;
(d)
naskhah bertimbal suratan terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;
(e)
keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu suratan, yang diberi oleh seseorang yang telah melihat sendiri suratan itu.
MISALAN
(a)
Sesuatu gambarfoto bagi naskhah asal adalah keterangan tak asal mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto dan naskhah asal itu tidak dibandingkan jika sekiranya dibuktikan bahawa benda yang telah di gambarfoto itu adalah naskhah asal.
(b)
Sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin menyalin adalah keterangan tak asal mengenai kandungan surat itu jika sekiranya dibuktikan bahawa salinan yang dibuat daripada mesin menyalin itu telah dibuat dengan naskhah asal.
(c)
Sesuatu salinan yang disalin daripada salinan dan yang kemudiannya dibandingkan dengan naskhah asal adalah keterangan tak asal; akan tetapi salinan yang tidak dibandingkan dengan naskhah asaI itu bukanlah keterangan tak asal mengenai naskhah asalnya walaupun salinan yang daripadanya ia telah dibuat telah dibandingkan dengan naskhah asal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.