ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN (PLIDING)
Seksyen 54. Bentuk pembelaan.
Tiap-tiap pembelaan hendaklah-
(a)
sama ada mengaku atau mempertikaikan tiap-tiap pengataan material mengenai perkara dalam penyata tuntutan. Penafian hendaklah tepat, dan menjawab perkara asas;
(b)
menyatakan dengan padat apa-apa fakta baru yang digunakan oleh defendan melalui pembelaan atau peringanan gantirugi;
(c)
membangkitkan dengan padat dan tanpa berhujjah mana-mana perkara undang-undang yang perlu; dan
(d)
ditandatangani oleh defendan atau Peguam
Syarie
nya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.