ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 230. Rujukan kepada Undang-Undang Islam.
(1) Mana-mana peruntukan atau pentafsiran mana-mana peruntukan dalam Ordinan ini yang tak konsisten dengan Undang-Undang Islam hendaklah, setakat ketakkonsistenan itu, terbatal.
(2) Jika terdapat lakuna atau sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyatanya oleh Ordinan ini, maka Mahkamah hendaklah merujuk kepada Undang-Undang Islam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.