ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 138. Prosedur untuk rayuan.

(1) Tertakluk kepada peruntukkan seksyen 136 dan 137, mana-mana orang yang tidak puas hati dengan apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang telah diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu kes jenayah atau perkara yang mana dia adalah suatu pihak, bolehlah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau atas alasan hukuman yang dikatakan berlebihan atau apa-apa hukuman yang dikatakan tidak memadai, dengan menyerah- simpankan rayuan itu dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, hukuman atau perintah itu dijalankan atau dibuat, dengan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah berkenaan notis rayuan dalam lima salinan dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi alamat di mana notis atau dokumen berhubungan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya.

(3) Apabila notis rayuan telah diserah-simpan, Mahkamah yang terhadapnya rayuan dibuat itu hendaklah membuat suatu salinan alasan keputusan yang bertanda-tangan di dalam kes itu dan menyebabkannya disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang disebutkan dalam notis rayuan atau menghantarkannya dengan pos berdaftar dialamatkan kepada perayu di alamat tersebut.

(4) Dalam tempoh sepuluh hari selepas salinan alasan-alasan keputusan disampaikan menurut subseksyen (3), perayu hendaklah menyerah-simpan dengan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di mana perbicaraan itu diadakan, suatu petisyen rayuan lima salinan dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(5) Jika perayu dalam tempoh yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) untuk menyerah-simpan notis rayuannya telah memohon untuk suatu salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh Hakim semasa perbicaraannya, dia hendaklah menyerah-simpan petisyen rayuannya seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (4)-
mengikut mana-mana tempoh yang lebih lama.

(6) Tiap-tiap petisyen rayuan ringkas isi keputusan yang dirayu, dan hendaklah mengandungi butir-butir tertentu mengenai undang-undang atau fakta-fakta yang Mahkamah yang dirayu itu dikatakan telah silap.

(7) (a) Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah dianggap sebagai telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen ini jika dia memberi kepada pegawai penguasa penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau secara bertulis serta butir-butir yang perlu dimasukkan ke dalam petisyen rayuan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar bayaran rayuan yang ditetapkan;
(8) Jika sesuatu petisyen rayuan itu tidak diserah-simpan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan sebagai telah di tarik balik dan Mahkamah yang membicarakan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika mana-mana penggantungan penangguhan pelaksanaan hukuman atau perintah telah dibenarkan, tetapi tiada apa-apa yang terkandung dalam seksyen ini boleh menghadkan atau menyekat kuasa-kuasa yang diberikan kepada seorang Hakim di bawah seksyen 140.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.