ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 235. Petisyen rayuan.

(1) Dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan siapnya salinan sah penghakiman pihak merayu hendaklah memfailkan kepada Pendaftar Mahkamah dari mana rayuan dibuat petisyen rayuan dalam lima salinan di alamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan.

(2) Jika pihak merayu, memohon salinan nota-nota keterangan yang dicatatkan oleh Kadi semasa perbicaraannya, ia hendaklah memasukkan petisyen rayuan dalam tempoh empat belas hari-

mengikut mana-mana tempoh yang lebih lewat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.